Wednesday, 20 November 2013

Mendaki Bayang Di Desa Batangan

Rapuhnya bayang,
Mencintai mentari yang tidak pernah menghargai.

Sebagaimana mentari ada,
Bayang muncul,
Lama dan seketika.

Sebagaimana mentari pergi,
Bayang hilang,
Sedang rindu kekal selamanya.

Cintanya bayang pada matahari,
Tidak sebagaimana cintanya kumbang pada bunga,
Tidak sebagaimana cintanya awan pada hujan,
Tidak sebagaimana cintanya Romi dan Juli.
Cintanya bayang pada mentari,
Sesederhana cintanya awan pada pelangi,
Hanya muncul pabila awan menghilangkan diri.

Aku bayang,
Dan dia mentari.
Daripada cahayanya tersepuh aku yang rapuh.

Wahai desa polos bernama Batangan,
Aku yang rapuh berhasil dari mentari daerahmu,
Yang bersinar seketika lalu membahagiakan aku.
Hari ini mentari hilang,
Ditelan hujan dan awan yang kelam,
Aku setia menanti mentari Batangan,
Kerana hanya sinar itu,

Membina bayang cintaku.

No comments:

Post a Comment