Thursday, 21 November 2013

Lelaki Biasa

Sayang...
Mungkin itulah panggilannya
Buat permaisuri hati yang bakal tiba
Mewarnai dan melatari kisah hidup
Lelaki seperti aku.

Lelaki seperti aku,
Bukanlah kegilaan ramai,
Kerana
Aku bukan Superman,
Bukan James Bond
Bukan Captain America,
Aku juga
Bukan Mister Incredible
Mahupun hero hebat
Tersenarai di dalam Avengers dan Expandable
Aku lelaki biasa

Aku lelaki biasa,
Kadang-kadang membuat silap
Menangis
Dan mohon dimanjai
Aku sukakan kucing
Wajah mereka menghilangkan runsing
Aku sukakan ketenangan
Bukannya hidup ketat berkawalan
Insya Allah
Iman yang aku simpan
Itulah yang menjadi panduan.

Selamat berkenalan dengan diriku
Lelaki biasa
Yang mungkin
Luar biasa di hati pembaca puisi ini
Ataupun
Seseorang di luar sana
Yang belum aku kenali
Namun
Yang pasti
Puisi ini khas untuk kamu
Bidadari dunia dan syurgaku.

Ikhlas daripada,
Lelaki biasa.


13/11/2012

No comments:

Post a Comment