Kenalkah dikau padaku?
Aku yang dahulunya sahabatmu,
Kemudian kekasihmu,
Kemudian suamimu,
Dan kini
Bapa kepada putera puteri comel
Cahaya mata kita.
Isteriku,
Dikau sering bertanya,
Di mana aku yang dahulu?
Saat kita bertelagah
Dikau menangis merindui aku yang dahulu.
Isteriku,
Aku masih sama,
Akulah lelaki yang dikau kahwini itu,
Cuma dikau tidak memahaminya.
Akulah lelaki,
Yang selamanya adalah kanak-kanak,
Yang sukar bangkit pada waktu pagi,
Yang merengek bila demam,
Yang mencuka bila kesedihan,
Yang pendiam,
Yang banyak memendam rahsia,
Yang tertarik pada kecantikan wanita,
Yang suka berkawan,
Yang suka mengomen bila makan,
Yang sukakan kemanjaan wanita,
Yang berdengkur bila tidur,
Yang meletakkan pakaian bersepah,
Yang tidak suka membasuh seluar jeans,
Yang tidak suka membasuh pinggan,
Yang sentiasa memerlukan dirimu,
Walaupun untuk mencari butang baju Melayu.
Mungkin menyusahkan,
Namun akulah lelaki,
Yang telah diciptakan dengan sejuta kelemahan,
Dan dikaulah isteriku,
Yang menyebabkan daku kuat,
Meneruskan hari demi hari,
Mencari nafkah buat kita sekeluarga.
Isteriku,
Diluar sana
Daku mungkin daie sejuta ummat
Namun bersamamu
Daku tidak lebih
Melainkan bayi
Yang memerlukan belaianmu.
Maafkan kelemahanku.
Moga kita selamanya bahagia.
Kerana daku amat mencintaimu.
12 Jun 2012
No comments:
Post a Comment