Kesian.. kesian.. kesian..
Kesian pada si buta yang pada matanya tergonggong kebodohan,
Dipercayai TV sebulat mutlaknya,
Seolah tertipu jutaan rakyat mengenai kemiskinan dirimu.
Antara TURUN dengan GULING,
tak sama takkan sama.
Sungguh berguling membawa turun,
jika langkah terjaga turun tak berguling.
Wahai yang sedang meneguk darah dari bejana emas,
TAHNIAH!
Menulis bukan kerana nama; itu kata magis seorang pemuisi. Benar sekali! Menulis ini kerana jiwa dan leluhurnya cinta pada aksara, dan cinta pada kesetiaan pembaca yang menggerakkan hatinya mencintai bait kata dalam tulisan. Aku menulis bukan kerana nama, namun kerana di dalam dadaku teceding tunas penuh cinta pada aksara, frasa, dan bait kata. Kalian yang berkongsi rasa cinta itu, aku ucapkan SELAMAT MEMBACA. Salam Perkenalan buat kalian PENCINTA AKSARA!
Monday, 30 December 2013
Kesian
Tuesday, 17 December 2013
Kelantan Di Hatiku
Dalam negara
Jauh pernah aku jejaki
Berjuta bekas aku tinggalkan
Namun
Cinta tetap pada pertama
Buah tangan warisan lama
Untuk dikenang anak muda
Cerita banyak bermula di sini
Pada kesederhanaan dan kekerasan
Banyak sekali
Menjunjung kasih pada Sultan
Jasadnya mulia tingkahnya sederhana
Namun hatinya sejuta kaya
Islam dijunjung
Raja disanjung
Rakyat dipayung
Kadang-kadang
Awan tersinggung pada hujan
Hingga enggan berlari pada muka
langit
Namun
Di sini tidak tandus
Pada daratnya
Bukanlah tempat kemewahan
Bukan tempat bersenang lenang
Namun
Kayalah jikalau berdagang
Kitab tua banyak di sini
Seusia dengan ulama melata di bumi
Di sini tempat murid bertemu guru
Akhirnya murid menjadi guru
Tanahnya lembut
Salah berpijak bisa jerlus
Bukan tenggelam
Cuma peringatan
Bumi ini milik Tuhan
Maka pada Tuhan kita berkerajaan
Inilah bumi satu
Menari pada merah dan putih
Tergantung pada nadi berdesir
Cintaku bersemi di sini
Kelantan Darul Naim.
Dalam Antara Kenangan
Di antara hutan bukit dan sungai
Di antara kehijauan fana dan keruhnya air
Berhadapan dataran rata kehijauan
Berdekatan rumah tua yang uzur
Hampir benar dengan sebuah perkuburan usang
Di situ sebuah kilang ilmuan cendekiawan
Sekolah
Kebangsaan Manek Urai
Di
tengah azmat sebuah desa
Padat
dan rapat
Berdekatan
sebuah stesen kereta api lama
Gertak
besi yang bersejarah
Dan
Pasar
Sabtu yang dirindui perantau
Itulah
sebuah binaan biasa
Melahirkan
insan luar biasa
Sekolah
Kebangsaan Manek Urai
Tidak
jauh dari Pengkalan Tangga Batu
Yang
sibuk suatu ketika dahulu
Berhadapan
dataran hijau
Yang
mencatat sejuta sejarah
Tentang
mak yong, wayang kulit, dan wayang pacak
Masih
di situ
Berdiri
dengan zuhud sebuah sekolah tua
Perlahan
meniti zaman
Dalam
kesabaran tidak pernah lelah
Memancarkan
sejuta harapan
Pada
segenap anak desa
Yang
ingin menjadi dewasa
Sekolah
Kebangsaan Manek Urai
Biarpun
jauh merandai dunia
Menitip
segala kejayaan dan kemenangan
Semuanya
bermula dengan sabar seorang guru biasa
Mengajar
tulis, baca, mengaji, dan mengira
Di
sebuah sekolah tua yang luar biasa
Sekolah
Kebangsaan Manek Urai
Manek Urai Di Hatiku
Mungkin dari manik yang terurai
Atau pada lagendanya Puteri Mayang Mengurai
Atau juga pada mitos hujan manik
Apa pun
Nama Manek Urai tetap dalam ingatan
Sungguhpun kaki melangkah jauh
Meninggalkan rona desa yang biasa
Mencapai ibu kota yang dewasa
Setiap adanya masa terluang
Ingatan tidak pernah lupa
Akulah anak biasa
Dari desa biasa Manek Urai
Hinggap pada hijaunya pemandangan
Berlapis-lapis umpama rumputan pelangi
Menggamit sejuta memori:
Pada sungainya yang keruh di musim hujan
Di situlah aku mencari etak dan ara
Berenang-renang ke tepian
Tatkala balak tempat berpijak dihanyut air yang deras
Pada kebun tua sebelah padang di belakang rumah
Aku dihambat berlari ketakutan
Sehingga bersembunyi dalam enau tanjung
Di bawah pohon pauh kumbang
Kerana mencuri durian, sentul, dan rambai
Maka anak kecil itu dewasa
Membawa parut kerana kenakalan masa kecil
Kadang-kadang
Bila kaki disengat ngilu
Teringat kenangan mengail bersama saing
Jatuh di dalam denai
Ku ingat terseliuh
Patah rupanya
Manek Urai
Sungguhpun pada jasadmu yang kian berubah
Ada keisitimewaan yang tidak akan aku lupa
Bunyi bising kereta api menggegarkan gertak besi
Pada Pasir Yey yang menggamit memori
Pada pengkalan Mok Su Esoh yang sentiasa aku ingati
Pada balak di Tanjung Che dan Ayah Man
Pada kebun gemulah Ayah Soh
Pada kedai kayu Pok Man
Pokok ara di sebelahnya
Serta Mok Cik yang mengajar aku mengaji
Mok yang mengasuh dengan sabar
Semuanya akan aku kenang
Sungguhpun diri jauh di perantauan
Manek Urai
Dalam ingatan
Sentiasa
Thursday, 12 December 2013
TERIMA KASIH MAMA
"Eh, beberapa hari sahaja lagi, aku berusia 24 tahun"
Telah diri saya pada pagi ini. Tiba-tiba tersedar bahawa 23 tahun dahulu Mama bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Sebelum melahirkan saya, Mama 3 kali keguguran, dan saat paling mengecewakan adalah apabila sudah 7 bulan mengandung, tiba-tiba sahaja bayi yang dikandung hilang lesap entah ke mana, yang ditinggalkan hanyalah uri sahaja. Mama redha, mungkin sudah rezeki yang tertulis, hanya 3 orang sahaja anak yang Allah kurniakan. Namun, alangkah bahagianya Mama, apabila pada Oktober 1989 mama disahkan mengandung sekali lagi. Mulai saat itu, Mama mula memperlahankan gerak kerja, tidak lagi lasak, tidak lagi melatih bola jaring untuk pelajar sekolahnya. Alhamdulillah, tiba jua tarikh 2 Julai 1990 bersamaan 8 Zulhijjah 1410, saya dilahirkan. Mengambil sempena perayaan Aidil Adha yang bakal tiba, maka Mama abadikan perkataan Adha di hujung nama saya.
Terima kasih Mama atas pengorbanan, dan jasa yang telah Mama taburkan.
Abang sayang Mama selamanya.
Monday, 9 December 2013
Bahagia Sebegini
Kita telah terpisah. Jarak telah
menjadi penghalang sebarang pertemuan. Masa telah menjadi dinding yang mengikat
kita berjauhan. Namun, saban waktu, dalam setiap helaan nafas, kata rindu
diriku padamu tidak pernah putus.
Merindui umpama fitrah diri yang
terbentuk daripada perkenalan kita yang singkat namun sungguh bermakna. Aku mengaku,
telah jatuh cinta dengan sungguh kuat, sehingga tidak mampu bangkit daripadanya
lagi. Entah bagaimana, aku sudah berada dalam muara cinta, di dalam sampan
rindu yang dikau bina, dan kita pernah dayungnya bersama.
Tidak pernah aku merasai cinta yang
sebegini dalam hayatku. Tidak pernah aku merindu dengan sebegini kuat. Dan,
tidak pernah jua aku tidak kuat meluahkan cinta ini padamu. Kebahagiaan yang
aku kecapi saban hari bukanlah kerana cinta yang dikau beri, namun kerana aku
berasa sungguh indah dapat mencintaimu setiap hari.
Cinta yang aku tuang ke dalam dirimu,
tidak akan pernah penuh. Kerana di dalam hatimu tiada bertempat untuk insan
sepertiku. Aku mengerti, dan aku fahami bahawa telah tersemat di dalam dirimu
cinta untuk insan yang lebih baik, lebih sempurna, lebih dikau sukai, dan
kerana itu aku hanya mampu bersimpuh, dan terus mencintai dalam setiap helaan
nafasku.
Bagaimana terbitnya cinta seutuh ini?
Mungkin kerana perjalanan hidup aku telah dikau penuhi dengan semua kehendak
yang aku cita-citakan. Kehendak yang tidak pernah tersimpang daripada jalan
cinta pada Tuhan dan RasulNya. Dikau umpama telaga berisi air yang
menghilangkan dahaga sang musafir. Dikau umpama dahan yang utuh menjadi tempat
hinggap burung yang telah terbang jauh.
Wahai insan yang aku cintai. Semalam aku
dihurung mak cik-mak cik ku yang bertanya, dan menyuakan aku pada insan yang
sepatutnya aku kahwini. Namun, aku hanya senyum, membalas dengan canda bahawa
aku tidak bersedia. Tetapi, sejujurnya aku boleh untuk menyayangi sesiapapun,
mengerti sesiapapun, namun aku tidak punya kekuatan, kerana bagai rambut yang
telah tersimpul mati, sebegitu kuat jua simpulan cintaku pada dirimu.
Aku di sini, akan selalu menunggu dirimu,
sungguhpun bukan untuk memiliki dirimu. Cukuplah aku dapat menatap wajahmu,
biarpun tidak akan pernah melelahkan rindu yang berlari di dalam urat nadiku. Aku
akan tetap menanti, dan setia pada cinta untuk dirimu. Aku bahagia hidup
begini. Bahagia dalam mimpi-mimpi yang indah segala.
Sahabat Yang Lupa
Tentu sekali aku tidak lupa padamu.
Aku tidak lupa bukan kerana aku mahu,
namun,
kerana aku tidak mampu melupakanmu.
Aku mengingatimu dalam 1000 perkara,
yang setiap satunya kita pernah soroti bersama.
Bagaimana aku akan lupa?
Sedangkan teras hidupku terbina bersamamu.
Bagaimana aku akan lupa?
Sedangkan aku cicip kemanisan ini keranamu.
Aku tidak lupa,
namun,
kau mungkin lupa.
Kau lupa aku mengikutimu ke daerah asing itu,
sedangkan aku meninggalkan hak persenangan yang aku miliki.
Kau lupa aku mengosongkan poketku,
sedangkan aku boleh membiarkan dikau kebuluran sendiri.
Kau lupa aku setia bersamamu,
saat dunia berpaling daripada mempercayaimu.
Kau lupa aku yang terakhir meninggalkanmu,
setelah air mata ini kering merayu HARGAILAH AKU.
Siapa aku di hatimu?
Benarlah aku tiada di hatimu.
Aku tidak lupa bukan kerana aku mahu,
namun,
kerana aku tidak mampu melupakanmu.
Aku mengingatimu dalam 1000 perkara,
yang setiap satunya kita pernah soroti bersama.
Bagaimana aku akan lupa?
Sedangkan teras hidupku terbina bersamamu.
Bagaimana aku akan lupa?
Sedangkan aku cicip kemanisan ini keranamu.
Aku tidak lupa,
namun,
kau mungkin lupa.
Kau lupa aku mengikutimu ke daerah asing itu,
sedangkan aku meninggalkan hak persenangan yang aku miliki.
Kau lupa aku mengosongkan poketku,
sedangkan aku boleh membiarkan dikau kebuluran sendiri.
Kau lupa aku setia bersamamu,
saat dunia berpaling daripada mempercayaimu.
Kau lupa aku yang terakhir meninggalkanmu,
setelah air mata ini kering merayu HARGAILAH AKU.
Siapa aku di hatimu?
Benarlah aku tiada di hatimu.
Saturday, 7 December 2013
Gigihkah Sistem Pendidikan Negara Kita?
Siapa saya? Saya bukan siapa-siapa.
Jawatan? Saya tak ada jawatan. Anugerah? Pun tak pernah dapat. Gelaran? Bakal
allahyarham. Pengiktirafan? Pun tak ada juga. Tapi, kenapa saya nak awak baca
tulisan ni? Sebab saya nak awak tahu apa yang saya; anak muda kosong yang tidak
punya apa-apa; berfikir, dan pendapat saya. Memang awak akan tak setuju, atau
mungkin juga awak setuju. Itu terserah pada awak, sebab saya dah beritahu
awal-awal lagi bahawa saya bukanlah siapa-siapa.
Baik, saya ingin beri pendapat mengenai
sistem pendidikan negara Malaysia. Saya ulang, saya ingin beri pendapat
mengenai sistem pendidikan negara Malaysia. Negara mana? Negara Malaysia.
Kepada yang masih belum “kenal Malaysia”; Malaysia merupakan negara kecil di
benua Asia, spesifiknya Asia Tenggara. Jiran terdekat Malaysia adalah Brunei,
Indonesia, Singapura, dan Thailand. Malaysia ada KLCC, ada Putrajaya, ada Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Salleh, Tun Dr. Mahathir, Siti
Nurhaliza, Nicol David, Lee Chong Wei, dan Tony Fernandes. Kalau tak kenal
juga, sila tanya pak cik Google.
Bila berbicara mengenai sistem, ia
merupakan bicara yang terlalu luas. Kerana, sistem itu sendiri melambangkan
perkaitan banyak perkara, kerumitan yang saling bersangkut paut, dan amat
memeningkan. Jadi, saya kecilkan skop perbincangan sistem pendidikan, saya
hanya akan beri pendapat kepada satu topik kecil, paling kecil, amat kecil,
terlalu kecil, tapi paling penting. Apa itu? Saya ingin beri pendapat mengenai
kurikulum pendidikan di Malaysia. Wah, kau siapa nak bagi pendapat? Mungkin
anda terdetik sebegitu, jadi baca balik perenggan pertama tulisan ini. (^^,)
Saya akui, kurikulum pendidikan
Malaysia samada yang lama, baru, mahupun terbaharu sememangnya baik, dan boleh
dipuji. Kehendak negara digarap jelas di dalamnya. Negara mahukan rakyatnya
cemerlang bahasa Melayu, matematik, sains, bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,
Sejarah, Ekonomi Asas, Sains Rumah Tangga, dan puluhan lagi subjek yang malas
saya senaraikan. Dahulu, pelajar boleh mengambil paling sedikit 6 subjek untuk
SPM, dan tiada had maksima, kemudiannya tanpa sebab yang diketahui (mungkin
saya jahil) subjek untuk SPM dihadkan kepada 10 sahaja. Jadi, tiada lagi berita
gempar pelajar dapat 20 A, 19 A, 18 A, dan sebagainya. Sedihkan? Kehebatan pelajar
Malaysia dalam mendalami puluhan subjek serentak kini tinggal sejarah sahaja.
Tapi, persoalan saya : sejauh mana
kurikulum ini telah membawa kita? Oh ya, kita sudah ke angkasa. Ya, agak jauh.
Berapa orang yang ke angkasa tu? 1000 orang? 100 orang? 10 orang? Hanya 1 orang
sahaja kan? Baik, jadi kurikulum kita setelah 50 tahun mampu lahirkan SEORANG
angkasawan. Baik, itu merupakan pencapaian yang patut dipuji, sebab ada
sesetengah negara masih belum ada walau seorang pun angkasawan. Berapa kali
angkasawan kita naik ke angkasa? 10 kali? 20 kali? Atau berapa? Anda cari
sendiri, dan itulah apa yang kurikulum kita mampu beri setelah 50 tahun. Kepada
yang sedang membaca (tahniah sebab anda masih sudi membaca!) adakah kurikulum
yang kita pernah lalui, sedang lalui, bakal lalui menjadikan kita manusia yang
gigih?
Kurikulum negara kita telah berjaya
melahirkan bijak pandai, namun tidak sedikit juga yang terkandas, dan kita
namakan mereka penganggur. Kadang kala mereka mengemis, tidak kurang yang
menjadi kutu rayau, penjenayah, penagih dadah, dan penghuni penjara serta pusat
serenti. Namun, adakah pernah kita ambil masa seketika, muhasabah seketika, dan
menggelarkan mereka sebagai mangsa sistem pendidikan negara? Mereka merupakan
mangsa ketempangan kurikulum yang terbina, mangsa kepincangan industri
pendidikan, mangsa ketidaktelusan skala peperiksaan.
Kurikulum pendidikan merupakan nadi
negara. Lebih penting daripada pertahanan negara. Lebih penting daripada
kedaulatan seorang sultan. Lebih penting daripada parti politik. Lebih penting
daripada keamanan, dan kekayaan. Kenapa? Tanpa pendidikan, pertahanan,
kedaulatan, politik, dan keamanan tidak akan dihargai, lalu kita akan
mencincang negara kita sendiri, kerana jahil, dan kebodohan. Kurikulum ibarat
kepala seorang manusia. Kita boleh hidup tanpa kaki, tanpa tangan, tanpa hidung,
namun bolehkah kita hidup tanpa kepala? (Saya maksudkan kepala yang terletaknya
hidung, mulut, otak, mata, telinga, dan rambut, bukan kepala lutut, atau
selainnya.)
Ada menteri suka merujuk Finland
untuk pendidikan, namun saya suka merujuk Palestin. Sebuah negara bergolak yang
mencari keamanan setelah sekian lama penjuru itu dicuri. Palestin tidak aman,
namun bagaimana negara itu hidup? Bagaimana perkembangan ekonomi? Bagaimana
dengan makan, minum, pakai, tempat tinggal? Kita sering melihat penduduknya
dibunuh, berpuluh tahun lamanya, namun mereka bangkit, terus bangkit, tanpa
sehari pun berkurang semangat kebangkitan mereka? Apa kekuatan mereka? Apa
rahsia mereka? Jawapannya, pendidikan. Pendidikan negara mereka, pendidikan
yang bukan sahaja memberi mereka pandai, namun memberi mereka kegigihan. Mereka
hidup sehingga hari ini, mempertahankan al Aqsa bukan kerana mereka pandai,
namun kerana mereka pandai, dan gigih.
Mari kita lihat negara kita. Negara
yang kita sayang, cinta, sanjung, dan pertahankan. Soal saya, adakah kita
merupakan isi negara yang gigih? Syarat utama gigih adalah kesanggupan untuk
bersusah payah. Adakah kita masyarakat yang sebegitu? Adakah kita sanggup
bersusah payah untuk negara kita? Adakah pendidikan negara kita berjaya
melahirkan anak-anak Malaysia yang gigih? Persoalan ini sungguh berat, dan saya
sendiri bergenang air mata ketika menulis bahagian ini. Saya tidak akan menulis
berapa banyak Malaysia telah hilang, kerana saya sendiri tidak gigih. Saya
tahu, namun saya tidak kuat. Namun, saya ingin soal anda semua, terutama
golongan warga emas, KENAPA SAYA PERLUKAN PASPORT UNTUK KE SINGAPURA? Saya
belajar dalam sejarah, Singapura merupakan sebahagian Malaysia, namun apa yang
anda buat sehingga generasi baru ini kehilangan sebuah destinasi? Saya
tinggalkan persoalan untuk anda jawab.
Adakah pendidikan negara mampu
menjadikan kita rakyat Malaysia yang gigih? Ledakan teknologi sehingga kini
terbukti menjadikan manusia lebih manja. Adakah kurikulum pendidikan negara
kita sudah bersedia untuk mematahkan hujah teknologi memanjakan manusia? Adakah
kurikulum ini mampu melahirkan 100 orang lagi angkasawan? Saya menulis, namun
saya tidak punya jawapan untuk setiap persoalan itu. Melihat kemanjaan
murid-murid di sekolah, arus teknologi yang melemaskan, dan hiburan masa kini,
keupayaan kurikulum hari ini untuk melahirkan insan yang gigih seakan kabur.
Kita mampu melahirkan manusia yang pandai, namun manusia yang gigih?
Cadangan saya : Agamawan, pemimpin,
pendidik, belia, dan wakil masyarakat harus berada pada satu landasan, membina
satu kesepakatan, membuat satu kesimpulan mengenai persoalan saya. Jika jawapan
: kurikulum ini cukup untuk membina masyarakat yang gigih, maka teruskanlah kurikulum
ini. Namun jika jawapan menyatakan sebaliknya, maka agamawan, pemimpin,
pendidik, belia, dan wakil masyarakat harus bersedia, secara tulus, telus,
tanpa dipengaruhi ideologi politik, melangkaui batas bangsa; membina semula
landasan pendidikan negara. Kehidupan dunia ini bukan bermula dengan
kepandaian, namun kegigihan. Kegigihan itulah yang membuatkan kita hari ini
menggelarkan diri kita moden.
Tulisan ini merupakan luahan hati
saya. Luahan pemikiran, penaakulan, pemerhatian, dan pembacaan. Saya tahu,
terlalu banyak kesilapan di dalamnya. Maka saya mohon kemaafan, dan keredhaan.
Saya tidak paksa anda untuk bersetuju dengan pendapat ini, kerana memang
sifatnya pendapat itu tidak semuanya tepat. Saya ucapkan jutaan terima kasih
kepada anda yang sudi membaca sehingga ke perenggan akhir tulisan ini, anda
merupakan penyanjung pendidikan negara, dan anda ambil berat tentang pendidikan
negara. Akhirnya, saya sekali lagi memohon kemaafan seandainya tulisan ini ada
menyentuh peribadi, dan isu yang tidak menyelesakan.
Kenal Sehari; 1000 Tahun Terkenang.
PERASAAN TERSEDIH MALAM INI,
HIBA MENGENANGKAN SAHABATKU YANG JAUH,
SEAKAN TIDAK MENGENALI DIRIKU LAGI,
SEDANGKAN AKU TERHUNJAM
DALAM AKAR KERINDUAN PADANYA.
Habis Manis Sepahku Kau Luah!
Masa diperlukan,
aku dihubungi setiap masa.
Bila urusan telah selesai,
dikau diam umpama aku tiada rasa.
Masa berlalu
Berlalu
Berlalu
Berlalu
Aku memendam rindu,
menyatakan rindu.
Kau diam
diam
diam
terus diam.
Hari ini,
sesaat tadi
WeChatku berbunyi,
RUPANYA DIKAU KEPINGIN BANTUANKU LAGI.
Hati berbagi
antara membantu atau membatu?
aku dihubungi setiap masa.
Bila urusan telah selesai,
dikau diam umpama aku tiada rasa.
Masa berlalu
Berlalu
Berlalu
Berlalu
Aku memendam rindu,
menyatakan rindu.
Kau diam
diam
diam
terus diam.
Hari ini,
sesaat tadi
WeChatku berbunyi,
RUPANYA DIKAU KEPINGIN BANTUANKU LAGI.
Hati berbagi
antara membantu atau membatu?
TERPISAH KERANA CINTA TUHAN
SAHABATKU,
PERPISAHAN INI BUKANLAH HALANGAN,
NAMUN UJIAN PERSAHABATAN KITA.
DAN,
AKU SUDAH MENDAPAT JAWAPAN BAGI PERSOALANKU.
AKU SUDAH TAHU,
DI MANA AKU DI HATIMU.
AKU TAHU,
AKU FAHAM
AKU MENGERTI.
TERIMA KASIH SAHABAT.
PERPISAHAN INI BUKANLAH HALANGAN,
NAMUN UJIAN PERSAHABATAN KITA.
DAN,
AKU SUDAH MENDAPAT JAWAPAN BAGI PERSOALANKU.
AKU SUDAH TAHU,
DI MANA AKU DI HATIMU.
AKU TAHU,
AKU FAHAM
AKU MENGERTI.
TERIMA KASIH SAHABAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)