Buat apalah saya memilih hidup yang susah, sedangkan saya ada ruang untuk hidup dalam keadaan senang tanpa tekanan.
Sudahlah saya bina page itu hanya untuk menyenangkan orang, tanpa meminta bayaran walau satu sen. Boleh pula dimarahi saya ini. Lucunya manusia. Sudahlah mendapat dengan percuma, jika ada silap, hendak dimarah pula. Lainlah sekiranya khidmat saya ini berbayar, tentu sekali marah itu perlu. Namun, kerana saya sukarela, sepatutnya mereka tahu bersyukur.
Oleh yang demikian, saya memilih jalan ini. Jalan untuk terus hidup tanpa tekanan, tanpa perlu melayan karenah manusia berhati durja. Wajah-wajah mereka benar-benar merupakan watak kamus tak berperikemanusiaan. Moga Allah, taburkan dalam hati mereka benih kesedaran, bahawa setelah banyak kami menabur budi, terkadang silap memberi, habis yang baik dibakar api, yang buruk juga disimpan subur di dalam hati.
Jika berterusan begini sikap para warga pendidik, maka benarlah, kesilapan pendidikan Malaysia bukanlah pada kurikulum, bukan juga pada politik, namun pada guru yang masih terpuruk bawah tempurung. Tidak mahu berfikir.
Selamat tinggal Berita Institut Pendidikan Guru.
Sampai jumpa lagi.
Menulis bukan kerana nama; itu kata magis seorang pemuisi. Benar sekali! Menulis ini kerana jiwa dan leluhurnya cinta pada aksara, dan cinta pada kesetiaan pembaca yang menggerakkan hatinya mencintai bait kata dalam tulisan. Aku menulis bukan kerana nama, namun kerana di dalam dadaku teceding tunas penuh cinta pada aksara, frasa, dan bait kata. Kalian yang berkongsi rasa cinta itu, aku ucapkan SELAMAT MEMBACA. Salam Perkenalan buat kalian PENCINTA AKSARA!
Tuesday, 18 March 2014
Selamat Tinggal BIPG
Sekuntum Hari Yang Bernama Rindu
Wahai sekuntum hati yang bernama rindu,
Dikau memberi aku sejambak wajah,
Wajah-wajah yang aku rindu
Wajah-wajah yang aku tangisi
Wajah-wajah yang aku cintai
Wajah-wajah yang sunyi dan sepi.
Sekuntum hati yang bernama rindu,
Terpercik dari alur cinta yang tak bertepi,
Menongkah onak dan ranjau
Menerjah muara mimpi.
Kalian merupakan sampan dan kolek,
Tempat aku bersinggah dan dibawa arus
Teroleng-oleng disanggah badai,
Terhempas jatuh
Terpulas layu
Tersadai di pulau tanpa nama.
Ya
Sekuntum hati yang bernama rindu
Takkan dimengerti
Kerana aku rahsiakan begini
Secangkir rahsia dalam lautan cinta
Takkan mampu memadamkan ingatan
Yang kita pernah cipta bersama
Biarkan aku lupa
Pada sekuntum hati yang bernama rindu.
Subscribe to:
Posts (Atom)